Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.71 Mb.
səhifə5/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.71 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15

gawang II; menggawangkan melambai-lambaikan tangan (utk mengusir binatang dll);

tergawang berkeadaan menggawangkan tangan.

gawar tanda rintangan atau larangan (tali dll);

gawar-gawar tali rotan yg digantung sbg tanda menegah orang datang dll (kerana penyakit yg berjangkit dsb).

gawat berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;

menggawatkan menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~;

kegawatan keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu.

gay lelaki yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual.

gaya 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu;

~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang menggunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang;

~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok;

gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;

bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;

menggaya melagak: ia ~-gaya pula di depan cermin;

menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);

penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa.

gayal kenyal, liat, melenting.

gayam I sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Inocarpus edulis.

gayam II sj kerang sungai, etak, Asaphis spp.

gayang bergoyang-goyang ke kiri kanan (tidak dapat berdiri tegak), terhuyung-hayang.

gayat berasa ngeri atau pusing (melihat ke bawah atau ke dlm dr tempat yg tinggi), gamang;

penggayat orang yg mudah berasa gayat.

gayau; main ~ permainan yg menggunakan buah bulat pipih.

gayem Jw; menggayem mengunyah makanan.

gayu NS tua (orang, pokok).

gayuh I; bergayuh bergantung rendah (buah-buahan dll); gayut.

gayuh II Jw ark; menggayuh mencapai (tujuan, cita-cita, dll).

gayuk; menggayuk mencengkau, mencapai.

gayun; menggayun membuaikan, mengayun, menggoncangkan.

gayung I pencedok air drpd tempurung dsb yg bertangkai, sibur.

gayung II 1. sl sj tongkat yg dipakai sbg senjata; 2. pukulan, tetakan, tikaman, dll (dgn senjata); main ~ bersilat (bertinju dll); 3. = ilmu ~ sj mantera utk menyakitkan (membunuh dll) orang dr jauh;

~ bersambut kata berjawab prb mengelakkan serangan musuh atau menjawab percakapan orang; ~ tua, ~ memutus prb cakap orang tua-tua biasanya benar;

bergayung bersilat (bertikam dll);

orang ~ sama pandai sama bak kundi atas dulang prb sama arif dan bijaksana;

menggayung 1. menetak, menikam, menombak dll (dgn senjata); 2. mengucapkan mantera utk membunuh musuh dll.

gayut; bergayut bergantung (lampu dll), berpaut (kera dll), berpegang kuat-kuat: budak itu ~ pd dahan kayu;

bergayutan bergayut banyak-banyak: lampu-lampu hijau merah ~ di sekeliling masjid;

menggayuti 1. menyangkut sesuatu pd: rantai itu ~ kakiku sewaktu di penjara; 2. ki menjadi beban kerana tanggungan dll: sejak kematian suami, tugas mendidik anak telah ~ dirinya;

menggayutkan menyangkutkan, menggantungkan: ia ~ songkok pd sangkutan di dinding;

gayutan sangkutan, cantelan; senggayut.

gaz ark ukuran panjang (kira-kira 33 inci atau 83.82 sentimeter).

gazebo (gazébo) sj pondok kecil tanpa dinding, yg terletak di taman rekreasi, di halaman rumah dsb, tempat orang berehat, menikmati pemandangan sekeliling dsb.

gazel (gazél) sj antelop kecil drpd famili Antilopinae yg terdapat di Afrika atau Asia.

gazet (gazét) I; menggazet mewartakan, mengumumkan, atau mengisytiharkan (secara sah dlm media rasmi): Ireland digazet sbg sebuah republik.

gazet (gazét) II treler (sedutan filem).

gazetir (gazétir) (Geog) indeks yg menerangkan nama geografi dsb.

GB kep gigabait.

Ge simbol kimia bagi germanium.

gear (géar) susunan roda-roda bergigi dlm enjin yg membolehkan kuasa dihantar dr satu bahagian ke bahagian lain utk menukar kelajuan atau arah pergerakan;

menggear menggunakan gear.

gebah (Sunda); menggebah menakutkan, menggertak, menghalau.

gebal Kl; menggebal menganyam, menyusun: ibu pandai ~ tikar.

gebang Jw sj tumbuhan (palma), Corypha utan.

gebang (gébang); bergebang berbual, bersembang: pd setiap mesyuarat yg mereka adakan, mereka cuma ~-gebang saja.

gebar I = kain ~ (kain) selimut.

gebar II Kl bimbang.

gebeng (gébéng) I; perahu ~ perahu yg mempunyai bilik yg kecil.

gebeng (gébéng) II Kl besar (lebar) drpd biasa; dayung ~ dayung yg daunnya (papan lebar) dipakukan pd batangnya.

geblek Jk bodoh, tolol.

geblok Jk 1. = segeblok segulung kain (28 - 30 ela atau 25 - 27 meter); 2. sebungkus wang kertas.

gebok (gébok) Jk; menggebok memukul (dgn kayu dll).

gebos Jk; menggebos memaki, mengherdik, menengking.

gebrak Jw; menggebrak memukul keras-keras (meja dll).

gebu I 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg ~.

gebu II Id; menggebu menyala, berkobar (perang, pemberontakan, semangat, dll).

gebuk I Jk; menggebuk memukul.

gebuk II Ph sj kotak berbentuk bulat dan panjang.

gecar I 1. keluar air liur (kerana melihat makanan yg sedap-sedap dsb); 2. cair (bubur, darah, dll).

gecar II, gecer Jk; menggecarkan menakutkan, menggetarkan.

gedabah perhiasan rambut berbentuk segi tiga yg dibuat drpd emas.

gedabak bunyi spt bunyi barang berat jatuh ke tanah (kaki dihentak-hentak ke lantai dll); gedebak.

gedabang 1. sj ikan laut, nyiur-nyiur, Monodactylus argenteus; 2. sj ikan laut, Psettus argenteus; 3. = kekek ~ sj ikan laut, kapak, Mene maculata.

gedabir kulit atau daging bawah leher lembu (orang tua dll) yg kelihatan berjuluran (kendur), gelambir, gelabir.

gedabu sj tumbuhan (pokok), Sonneratia griffithii.

gedabung; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput mata burung puding, tebu salah, Phragmites communis.

gedak; ~-geduk bunyi gendang, tong berantukan.

gedang I Mn besar; rumah ~ rumah keluarga;

~ gerundang di kubangan, ~ ikan raya di lautan prb orang-orang berpangkat di tempatnya masing-masing; ~ kayu, ~ dahannya prb kalau hasilnya banyak, banyak pula belanjanya; ~ sbg dilambuk-lambuk, tinggi sbg dijunjung prb membanggakan diri kerana kelebihan yg tidak ada;

menggedangkan membesarkan.

gedang II; menggedangkan sl meluruskan (apa-apa yg bengkok); kedang I.

gedayang sj tumbuhan (pokok), bereksa, Parkia javanica.

gedayung gedayang.

gede (gedé) Jw besar.

gedebak; ~-gedebuk = ~-gedebur bunyi spt buah-buahan gugur (kaki dihentak ke tanah, jantung yg berdenyut keras);

menggedebak jatuh dgn bunyi gedebak, mendenyut keras-keras: hatinya yg marah ~ pd tulang-tulang rusuknya; gedabak.

gedebang; ~-gedebung bunyi spt bunyi orang memukul (menghentam) dinding dll.

gedeber Kl kecut, kedut.

gedebuk I gedebak.

gedebuk II Jw (kulit) batang pisang.

gedebung I 1. kain empat persegi utk pembungkus sirih atau tembakau; 2. tabung bambu.

gedebung II; gedebang-~; gedebang.

gedebur; gedebak-~; gedebak.

gedegah; ~-gedeguh bunyi spt barang berat jatuh ke tanah dll.

gedeguh; gedegah -~; gedegah.

gedegun bunyi atau berbunyi kuat spt bunyi orang menghentak kaki ke lantai dgn kuat (menghentam pintu dsb).

gedehok Kd bangsal sementara yg didirikan utk orang memasak dan menghidangkan makanan ketika mengadakan kenduri kahwin.

gedek (gedék) I Jw buluh yg dianyam utk dinding rumah (pagar dll), anyaman sasak.

gedek (gedék) II Kl; gedek-gedek (buah) mata kucing.

gedembai sj hantu (barang siapa ditegurnya menjadi batu); kelambai.

gedemi 1. sj ikan laut, kedemi, Remora spp.; 2. sj ikan laut, kemi, Echeneis naucrates.

gedempol (gedémpol) gemuk: badan ~; orang yg gemuk ~; gemuk.

gedempong (gedémpong); gemuk ~ sangat gemuk, gemuk sekali.

gedempung bunyi gong atau gendang.

gedeng (gédéng) Jw berkas padi yg sudah dituai.

gedepu depu I.

gedik bp = tergedik-gedik lincah (bkn gadis);

bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar;

menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan spt kaki dll sewaktu mengelamun);

kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok.

gedoboh longgar dan besar (baju dll).

gedogan Jw kandang kuda.

gedombak sj gendang kecil yg berkulit sebelah (dlm pertunjukan makyung dan menora).

gedor Jk; menggedor 1. mengetuk keras-keras (pintu dll): ia pergi ~ pintu bilik Hasan dgn marahnya; 2. merampas, merompak;

gedoran 1. ketukan keras di pintu dll; 2. hasil rampasan;

penggedoran perihal atau perbuatan menggedor;

penggedor perompak, penyamun.

gedubang sj kelewang Acheh; kedubang.

geduk Tr beduk, tabuh.

gedung rumah besar drpd batu, bangunan utk pejabat dll;

~ arca = ~ gajah Id muzium (di Jakarta); ~ bicara a) gedung tempat bermesyuarat; b) gedung mahkamah; ~ diskaun (Eko) institusi kewangan yg membeli bil perbendaharaan atau instrumen kewangan jangka pendek yg lain dgn harga diskaun; ~ ilmu institusi tempat diperoleh ilmu pengetahuan (spt universiti atau maktab); ~ kesenian Id bangunan utk pertunjukan hasil-hasil seni (spt tarian, sandiwara, dll), balai budaya; ~ komedi Id gedung tempat pertunjukan sandiwara; ~ penjelasan rumah penjelasan; ~ putih istana Presiden Amerika Syarikat; ~ senjata tempat menyimpan senjata; ~ terbitan (Eko) institusi kewangan yg mencari modal utk syarikat swasta yg mantap yg mahu menjadi syarikat milik awam, dgn mengeluarkan saham bagi pihak mereka.

geduyut; bergeduyut melentur, melengkung.

gegabah Jk sangat berani, tergesa-gesa, kurang hati-hati, kasar (tabiat).

gegadan layak, patut, tertib.

gegai tidak kukuh (perahu, bangunan, dll).

gegak bising, riuh; ~ gempita riuh-rendah, sangat ramai.

gegala gala-gala, damar; gala I.

gegaman Jw senjata.

gegambir gambir-gambir.

gegancu gerigi pd roda yg berkait pd rangkaian rantai atau lubang-lubang pd filem, kertas dsb: bersihkan roda ~ dan pintu filem utk mengelakkan kerosakan filem.

geganti (Kej) bahagian tengah roda.

gegap I; tergegap-gegap terhenti-henti bercakap, gagap.

gegap II gegak, bising, riuh; ~ gempita riuh-rendah.

gegar gentar, goncang, goyang;

bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom;

menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;

menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~ jantung;

tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila;

gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa;

penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang.

gegas I; bergegas, bergegas-gegas membuat sesuatu cepat-cepat, bercepat-cepat: kerja orang muda biasanya ~, kerja orang tua berjujai;

menggegas, menggegaskan mempercepat, menyegerakan, mendesak supaya cepat;

tergegas-gegas dlm keadaan bergegas.

gegas II penutup lubang peraka (pd kapal dll), bari.

gegas III Kl; menggegas mengerat bulu (sayap ayam dll) supaya tidak boleh terbang.

gegas IV (Kej) sambungan (kayu dll): juru~;

bergegas bersambung dgn gigi penyambung.

gegasing gasing-gasing.

gegat sj serangga yg suka makan kain (kertas dll), ngengat; ubat ~ kapur barus atau naftalena dlm berbagai-bagai bentuk spt bebola yg digunakan utk menghalang gegat drpd merosakkan kain (kertas dll).

gegau; tergegau sl tercengang, terkejut, terperanjat.

gegek (gégék) Kl suka.

gegelang sesuatu yg bentuknya spt gelang.

gegelema benda yg pekat dan melekat;  gelema.

gegeli geli-geli (sj tumbuhan).

gegelung 1. sesuatu yg berbentuk gelung: wanita dr Myamar itu memakai ~ di keliling lehernya; 2. (Fiz) dawai berpilin berpenebat nipis yg digunakan utk mewujudkan medan magnet; ~ aruhan (Fiz) alat utk menghasilkan arus ulang-alik yg bervoltan tinggi drpd bekalan arus terus yg bervoltan rendah.

gegendang sesuatu yg fungsinya atau bentuknya spt gendang; ~ telinga (Bio) membran keras yg menghantarkan getaran gelombang bunyi drpd bahagian telinga luar ke bahagian telinga tengah.

gegep (gégép) Id penyepit.

geger (gégér) 1. gempar, hingar bingar, huru-hara; 2. Kl, Tr bising; jangan ~ jangan bising;

bergeger bergentar, bergegar, bergema;

menggeger menjadi geger (gempar, huru-hara, dll);

menggegerkan menggemparkan, menyebabkan kacau-bilau: penembakan di panggung wayang ~ orang-orang di sekitarnya;

gegeran bunyi bising (riuh rendah), bunyi hingar bingar: tak lama lagi ~ mesin bancuh simen yg membingitkan telinga akan lenyap pula;

kegegeran perihal geger, kehebohan, kegemparan.

gegerit; akar ~ jantan (merah, putih) beberapa jenis tumbuhan (pokok memanjat), Urceola spp.

gegetar bunga perada (emas dll) yg mudah menggetar, dipakai sbg perhiasan di kepala pengantin perempuan.

gegetun Jk hairan, kecewa.

gegiring; ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Crotalaria verrucosa.

geiser (géiser) (Geo) 1. mata air yg darinya terpancut air panas dan wap; 2. pancutan air panas dan wap dr mata air.

geisya (géisya) (Jepun) wanita Jepun yg terlatih sbg teman penghibur lelaki, spt utk menari, menyanyi, berbual-bual, minum-minum dsb.

gejala 1. tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat, petanda: ~-~ keburukan akhlak kanak-kanak sudah mulai nampak; 2. (Ubat) perubahan dlm fungsi badan seseorang yg menunjukkan tanda-tanda adanya sesuatu penyakit yg berkaitan: ~-~ demam denggi .

gejolak nyala api yg besar (berkobar-kobar);

bergejolak menyala-nyala (api, perasaan, dll), berkobar-kobar (nafsu dll).

gejos Jk bunyi mendesis atau mendesir (spt bunyi besi panas kena air); barang ~ barang palsu;

menggejos, menggejoskan menyebabkan bunyi desir (desis), mendesirkan, mendesiskan.

gejuju Mn; menggejuju naik ke atas bergumpal-gumpal (awan, asap, dll).

gel (gél) bahan kental yg berupa seakan-akan agar-agar, yg digunakan terutamanya utk membentuk fesyen rambut; ~ silika silika berbentuk butir-butir yg digunakan sbg bahan penyerap air.

gela Ph; bergela bocor (perahu).

gelabah ark sedih, susah hati, gelisah, tidak tentu arah;

menggelabah berada dlm keadaan tidak tentu arah, berasa resah gelisah: ramai yg ~ menunggu arahan utk membayar cukai yg telah ditentukan;

kegelabahan keadaan tidak tentu arah, keadaan resah gelisah.

gelabir kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gelambir, gedabir.

gelabur; menggelabur mencebur ke dlm air, mencempung.

gelabut Kl sibuk, runsing, tidak tenteram.

geladah; menggeladah memeriksa dgn teliti (rumah, orang, dll) utk mencari sesuatu (barang curian dll): berminggu Peringgi ~ segala ceruk rantau bandar Melaka; geledah.

geladak I lantai kapal, dek;

penumpang ~ penumpang yg tidak menyewa bilik; rumah ~ kabin yg berbentuk rumah di atas geladak kapal.

geladak II 1. = anjing ~ anjing liar (tidak dipelihara orang); 2. bk penjahat; perempuan ~ pelacur (perempuan jalang).

geladak III; menggeladak bergemuruh, berbunyi dgn kuat: bunyi letupan ~ di angkasa; ketawanya ~ lagi.

geladir Jk lendir.

gelagah sj tumbuhan yg rupanya spt tebu, Saccharum spontaneum; ~ boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga , orang berbuah dia tidak prb meniru-niru perbuatan orang lain kerana hendakkan keuntungan tetapi sia-sia belaka.

gelagak gelegak.

gelagapan Jk tergagap-gagap, bingung.

gelagar; bergelagar berdegum-degum (meriam), berdentum, bergemuruh.

gelagat 1. tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; 2. tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya.

gelak tertawa besar: kerana lucu ia ~ terbahak-bahak;

~ manis tertawa dgn senyum; ~ nabi senyum yg mengejek; ~ sumbing ketawa yg tidak sungguh-sungguh; ~ tertawa = ~-~ ketawa tertawa kuat-kuat;

menggelakkan menertawakan, mengejek-ejek: mereka itu ~ dan mengejek-ejek dia;

tergelak tertawa dgn tidak sengaja; bagai ~ sedang kematian prb Mn keadaan yg susah.

gelakak tertawa terbahak-bahak.

gelalar; menggelalar merentak-rentak (spt anjing yg tertambat), merenggut-renggut (dgn maksud hendak melepaskan diri).

gelam I sj tumbuhan (pokok), kayu putih, Melaleuca leucadendron;

~ bukit sj tumbuhan (pokok kecil), Leptospermum flavescens; tikus ~ sj tumbuhan (pokok kecil), Eugenia grata.

gelam II sj burung, burung pucung bendang, Ixobrychus cinnamomeus.

gelama; ikan ~ sj ikan laut dlm famili Seiaenidae;

~ batu = ~ hitam = ~ keling, Johnius spp.; ~ bongkok, Johnieops sina; ~ kuning dada = ~ papan , Nibea soldado; ~ cerua = ~ pisang = ~ rapang, Pennahia macrocephalus; ~ perak, Pennahia pawak; ~ jarang gigi = ~ tengkerong, Otolithes spp.

gelamai penganan spt dodol (dibuat drpd tepung pulut, gula, dan santan);

menggelamai memasak gelamai; tidak mudah ~, kurang haru cirit kambingan terlampau haru berlantingan prb Mn kalau tidak hati-hati mengerjakan sesuatu tentu tidak selamat.

gelambir kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;

bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya: perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. = menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət