Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə4/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15

menggapai menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu: tidak ada jalan lain bagiku melainkan ~ tempat bergantung pd benda-benda yg terapung;

menggapai-gapaikan menghulurkan tangan mencari-cari tempat pegangan: ia ~ tangannya tetapi perahu itu sudah terlampau jauh dr tempatnya;

tergapai-gapai terhulur-hulur tangan (hendak mencapai sesuatu): Bidin ~ dlm laut yg sedang berkecamuk itu.

GAPENA (gapéna) akronim bagi Gabungan persatuan Penulis Nasional.

gapil suka campur (dlm hal orang lain), suka mengganggu; ~ tangan suka campur tangan, suka mengusik; ~ mulut = mulut ~ cerewet atau suka menyampuk dll;

menggapil 1. mengambil (memegang) dgn tidak sengaja; 2. mencampuri (hal orang).

gapis sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, Saraca declinata, S. indica; dan S. thaipingensis; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar tuba, tuba benar, tuba jenu, tuba putih, tuba rimba, tuba tudung, Derris elliptica; ~ tanjung sj tumbuhan (pokok renek), Croton griffithii.

gapit Jw penyepit (utk menguatkan anyaman), sepit;

menggapit mengapit dgn sepit, menyepit.

gaplek (gaplék) Jw ubi kayu yg sudah dijemur sampai kering; tepung ~ tepung ubi kayu.

gapura pintu gerbang (istana, kuil, dll);

~ ilmu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian.

gar bunyi guruh (meriam dll); ~, ~ kata gelegar, rasuk juga menahannya prb dlm sesuatu perkara jangan terlalu percaya pd kata orang (kerana akibatnya nanti ditanggung sendiri);degar.

gara I gahara.

gara II Mn garah.

gara-gara 1. bencana, huru-hara, kegemparan, kehebohan: drpd ~ serangan udara maka orang ramai di bandar Brunei mesti membuat lubang perlindungan; 2. akibat drpd: ~ judi ini ia jadi melarat.

garah I Mn; garah-garah senda gurau, lawak jenaka;

bergarah, bergarah-garah bermain-main, berjenaka, bergurau senda;

mempergarahkan memperolok-olokkan.

garah II Mn; menggarah menakutkan (burung di sawah), menghalau, mengusir: kulitnya merah ditimpa panas ketika ia ~ unggas di sawah.

garaj bangunan atau bahagian bangunan tempat menyimpan kenderaan.

garam 1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk;

~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup;

~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela;

bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam;

menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak);

menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri;

menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll);

pegaraman tempat membuat garam;

penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam.

garam-garam; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Roucheria griffithiana.

garan I Jw tangkai, hulu (pisau dll).

garan II ark gerangan.

garang I 1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula;

menggarang 1. menjadi garang (bkn anjing dll), membuas, mengganas, menggalak; 2. = menggarangkan memberanikan, mengganaskan;

menggarangkan 1. menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan; 2. menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah: warna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembutkan atau ~ warna-warna yg bersebelahan;

kegarangan perihal garang: lambang api jelas membawa suasana ~ dan kegigihan.

garang II Jw; menggarang memanggang, memanaskan (mengeringkan di atas api): ~ tembakau;

garangan; tembakau ~ tembakau yg dikeringkan dgn diganggang.

garang III; garangan Mngerangan.

garap; menggarap mengusahakan, mengerjakan: menyelesaikan ~ tanah;

menggarapkan mengolahkan: lebih mencabar seandainya penulis ~ watak-watak spt Murni dan Mei Mei dlm konteks peleraian masalah;

tergarap dapat diselesaikan (diusahakan): dia tahu ada sesuatu yg penting dlm hidup ini, namun tak ~ sampai sekarang;

garapan sesuatu yg diusahakan, usaha, kerja;

penggarapan perbuatan menggarap (mengusahakan, menyelesaikan) sesuatu.

garau kasar dan besar (suara), garuk, parau.

gardin IB tirai (jendela dll).

gardu Id rumah sentri, rumah pengawal.

garebek Jw hari raya Islam (setahun tiga kali); ~ Maulud (12 Rabiulawal); ~ Puasa (1 Syawal); ~ Besar (10 Zulhijah).

garedeng (garédéng) Mn rumbai-rumbai (perhiasan kelambu dll).

gari I sepasang gelang drpd logam utk membelenggu pergelangan tangan penjahat dll, belenggu;

bergari telah dibelenggu dgn gari;

menggari membelenggu dgn gari.

gari II Kl; bergari masih terang mata (walaupun orangnya sudah tua): matanya masih ~.

garing I keras tetapi rapuh (keropok, roti, dll), kering dan mudah hancur, rangup;

menggaringkan menjadikan garing: biarlah ikan itu digoreng lama sedikit utk ~nya.

garing II ark ambung, keranjang (rotan dll).

garing III sj ikan darat, sengaring, tambera, Labeobarbus tambra; karing.

garing-garing sj tumbuhan (pokok memanjat), Cnestis palala.

garis I 1. tanda yg panjang halus yg dibuat pd sesuatu permukaan, garisan: melukis dr ~ A ke ~ B; 2. calar: ~-~ di badannya masih kelihatan akibat kena rotan; 3. kedut pd kulit muka; 4. tanda yg panjang halus pd tapak tangan; 5. (dlm beberapa permainan) tanda yg dibuat utk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya, garisan; 6. baris pertahanan (kubu dll), garisan: pasukannya dapat menembusi ~ pertahanan musuh; 7. had, batas, ketentuan: kita harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yg telah ditentukan;

~ akhir baris penghabisan dlm perlumbaan; ~ bahagi garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ belakang barisan yg tidak terlibat langsung dlm medan perang; ~-~ besar perkara-perkara yg mustahak; ~ depan a) barisan yg paling depan; b) garis pertahanan yg menghadapi musuh; ~ haluan = ~ panduan panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; ~ miring garis yg condong ke bawah dan menyerong; ~ pemisah garis (batas, sempadan, panduan) yg memisahkan sesuatu dgn yg lain; ~ pusat garis yg menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan; ~ rentas garis yg menghubungkan dua titik pd bulatan; ~ sendeng (Mat) hipotenus; ~ sentuh garis yg menyentuh suatu titik pd lilitan bulatan; ~ singgung garis yg bersentuhan (terlalu rapat); ~ tegak garis lurus yg membuat sudut 90° dgn garis yg lain; ~ tengah Id garis pusat;

bergaris mempunyai garis: kad ~;

bergaris-garis banyak garisnya;

menggaris membuat garis;

menggariskan 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama;

garisan 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh;

~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya;

penggaris = kayu ~ kayu berskala utk membuat garis atau mengukur panjang garis dll; ~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan.

garis II Mn; pitis ~ wang keping (Inggeris).

garis bawah garis yg dibuat di bawah sesuatu perkataan (rangkai kata, ayat, dll) yg menunjukkan pentingnya perkataan (rangkai kata, ayat, dll) yg berkenaan;

menggarisbawahi 1. membuat garis bawah pd sesuatu perkataan (rangkai kata, ayat, dll); 2. ki memberi penekanan, mementingkan: penulis ~ peringatan Elwood agar kita tidak memisahkan kebenaran.

garis kasar 1. garis yg dilukis secara kasar; 2. rangka, catatan ringkas, maklumat-maklumat utama (yg dikemukakan tidak secara terperinci);

menggariskasarkan menerangkan sesuatu dgn tidak terperinci: perniagaan kecil boleh digariskasarkan.

garison 1. pasukan tentera yg berpangkalan di sesuatu tempat (bandar, kota, dsb); 2. tempat (bandar, kota, dsb) yg menjadi pangkalan sesuatu pasukan tentera.

garit I kesan drpd membuat garis dgn benda tajam, gores;

menggarit membuat garit, menggores;

penggarit alat yg tajam utk membuat garit pd permukaan logam dll.

garit II Mn gerak;

menggarit bergerak;

menggaritkan menggerakkan.

garizah Ar naluri.

garnet (garnét) sj batu bernilai yg lut sinar, berwarna merah tua, hijau atau kuning, yg dijadikan sbg batu permata.

garong Jk 1. pencuri, perompak; 2. kucing ~ kucing hutan;

menggarong menyamun, merompak: rumah itu digarong oleh tiga orang pencuri;

penggarongan perompakan.

garpu alat utk menyuapkan makanan ke dlm mulut, memegang makanan, dsb yg tangkainya spt tangkai sudu tetapi hujungnya bercabang-cabang.

garu I sj alat (sisir) utk menggaruk tanah dll; ~ bajang parut macam bekas digaruk pd paha perempuan sesudah melahirkan anak;

bergaru bergaruk, menggaruk-garuk: murid itu ~ kerana diserang agas;

menggaru 1. menggaruk (tanah dll); 2. mencakar-cakar dgn kuku: ~ kepala;

tergaru-garu tergaruk-garuk;

penggaru penggaruk (tanah dll).

garu II gaharu.

garuk I alat utk mengeruk-ngeruk (mencakar-cakar), perkakas menyiang padi (bergigi spt sisir), garu; spt ~ dgn sisir prb hal dua orang bersaudara yg berlainan sifat;

bergaruk, bergaruk-garuk mengeruk-ngeruk atau mencakar-cakar badan (kerana gatal);

menggaruk 1. mencakar-cakar (dgn kuku dll), menyisir (tanah): tuan itu berhenti ~ kepalanya; 2. ki mengumpulkan harta (dgn jalan yg tidak patut dsb): tanah jajahan diperlukan utk ~ kekayaannya; menggaruk-garuk kepala ki dlm kesusahan dll;

hendak ~ tidak berkuku prb ingin melakukan sesuatu tetapi tidak mempunyai alatnya; tidak ada orang ~ keluar badan prb orang biasanya berpihak (pd kaum dll) kalau timbul pergaduhan; kini gatal besok digaruk prb pertolongan yg datang terlambat;

menggarukkan mengeruk dgn, mengeruk utk;

tergaruk-garuk tergaru-garu: ~ adik Ayu kerana gatal digigit nyamuk;

garukan hasil drpd menggaruk, bekas-bekas digaruk;

penggaruk alat utk mengeruk, garu.

garuk II garau, parau: suaranya ~ sungguh.

garuk III; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Willughbeia coriacea.

garung I loceng buluh yg digantung pd kerbau (lembu atau kambing) supaya tuannya tahu tempat binatang itu berada; tarian ~ sejenis tarian di negeri Kelantan yg ditarikan berpasang-pasang dan diiringi oleh alat-alat muzik spt tetawak, serunai, seruling, canang, gendang, dll.

garung II Mn; menggarung meraung, menggeru.

garut I; bergarut bergesek, bergosok;

menggarut 1. menggaru (sampai lecet), menggaruk, menggores (keras-keras); 2. mencakar-cakar tanah (dgn kuku dll), menggaruk: binatang tersebut hanya ~ rumput di tepi-tepi jalan.

garut II; ubi ~ sj umbi yg boleh dimakan.

gas 1. bahan spt udara, bukan cecair dan bukan pepejal; 2. gas yg dikeluarkan drpd batu arang dan mudah terbakar; kilang ~ kilang yg mengeluarkan gas drpd arang; 3. wap minyak benzin (petrol); lampu ~ lampu yg memakai gas utk nyalanya;

~ adi = ~ lengai = ~ nadir (Kim) kumpulan gas (helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon) yg tidak reaktif dan sangat stabil dr segi kimia; ~ air mata = ~ pemedih mata gas yg menyebabkan mata pedih dan berair, biasanya digunakan utk mengawal rusuhan; ~ asli gas yg diperoleh dr kerak bumi; ~ ketawa sj gas (nitrus oksida) yg digunakan sbg ubat pelali; ~ petroleum cecair (Kim) gas butana atau propana yg dicecairkan secara tekanan dan disimpan di dlm tabung gas; ~ sahih = ~ tak sempurna (Kim) gas yg mempunyai saiz tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya, iaitu gas yg tidak menunjukkan sifat gas unggul; ~ sempurna = ~ unggul (Kim) gas hipotesis yg molekul-molekulnya dianggap terlalu kecil, bergerak secara rawak, dan tidak mempengaruhi satu sama lain.

gasak bp ikut suka (hati), biar (utk melakukan sesuatu), lantak;

menggasak 1. melantak, memukul keras-keras: ia digasak oleh lawannya hingga pengsan; 2. menghentam, mengerjakan dgn keras-keras, makan (lari dll) dgn cepat-cepat: biarlah ia ~ sendiri rojak itu; 3. merebut dgn kekerasan: dia yg ~ duit saya dr dlm saku; 4. bk bersetubuh dgn (perempuan);

menggasakkan melantakkan, memasukkan (dgn keras): ~ baji.

gasal ganjil (tidak genap), angka yg tidak boleh dibahagi dua (3, 5, 7, dsb); empat ~, lima genap, dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya.

gasan Kl bermain kasar, berkelakuan tidak sopan.

gasang I 1. sangat suka bersetubuh, sangat bernafsu; 2. Kl kasar (kelakuan), bengis; 3. Pr memakai barang dgn tidak cermat;

kegasangan perihal sangat suka bersetubuh: ~ lelaki.

gasang II Mn tergesa-gesa; gesa.

gasar ganas dan kasar; orang ~ orang yg ganas dan kasar (tidak bertamadun, tidak beradab).

gaser (gasér) Kl kasar (perbuatan dll).

gasi-gasi ark gergasi.

gasing I alat permainan drpd kayu dan berpaksi yg dapat dipusingkan dgn tali;

bergasing bermain gasing.

gasing II; ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), Cyclea laxiflora.

gasing-gasing sj tumbuhan (pokok memanjat), kelempenang, mempenang, akar gasing putih, Pericamphylus glaucus (incanus).

gasir gangsir II.

gasket (gaskét) (Kej) kepingan leper drpd bahan lembut yg diletakkan di antara dua permukaan logam (supaya ketat dan tidak ditembusi cecair atau gas).

gasolin minyak petrol.

gasometer (gasométer) sj tangki besar tempat menyimpan gas yg hendak disalurkan kpd pengguna melalui paip.

gasor Kl urut, picit, ramas;

menggasor, menggasorkan memicit.

gaster (Bio) bahagian salur pencernaan berbentuk kantung yg terletak di antara esofagus dan usus kecil, perut besar.

gastrektomi (gastréktomi) (Ubat) pembuangan seluruh atau sebahagian gaster secara pembedahan.

gastrik bp gastritis.

gastrin (Bio) hormon yg dirembes oleh lapik perut yg merangsang rembesan jus gaster.

gastritis (Ubat) radang pd membran mukus yg melapik perut, akibat pengambilan makanan yg tidak menentu, tekanan emosi atau bakteria.

gastroenteritis (gastroénteritis) (Ubat) radang perut dan usus.

gastroenterologi (gastroénterologi) kajian tentang perut dan usus serta penyakit yg berkaitan dengannya.

gastronomi kajian, seni atau amalan memilih, menyediakan atau memakan makanan yg baik.

gastroskop sj alat optik yg digunakan utk memeriksa bahagian dalaman perut.

gastrostomi (Ubat) pembentukan bukaan tiruan pd gaster secara pembedahan utk menyalurkan makanan masuk apabila saluran makanan yg normal tidak dapat berfungsi.

gat gad.

gatal 1. (be)rasa tidak enak pd kulit hingga menimbulkan keinginan utk menggaru (disebabkan oleh gigitan semut, nyamuk, dsb atau kudis, luka, dsb): jariku ~ benar, barangkali akan mendapat wang; 2. menyebabkan rasa gatal (kerana terkena ulat bulu dll); daun ~ jelatang; sakit ~ menderita penyakit kudis; semut ~ semut yg menimbulkan rasa gatal; 3. suka bergaul secara bebas dgn bernafsu (lelaki, perempuan), galak; 4. = gatal-gatal tidak dapat menahan keinginan utk membuat sesuatu, suka sekali hendak membuat sesuatu: kakiku sudah ~ hendak berjoget; ~ mulut suka menceritakan keburukan orang; ~ tangan sangat ingin hendak mengerjakan yg tidak-tidak;

diturutkan, ~ tiba ke tulang prb sesiapa yg menurutkan nafsu akhirnya akan menyesal juga; kini ~ besok digaruk prb pertolongan yg terlambat; lain ~ lain digaruk prb lain yg disoal, lain yg dijawab; siapa ~ dialah menggaru prb siapa yg berkehendak, berusahalah sendiri;

menggatal berkelakuan suka usik-mengusik antara lelaki dgn perempuan dgn tujuan utk menggoda, memikat, dsb: dah tua begini pun masih nak ~ lagi; lelaki ini makin tua makin ~;

menggatalkan menjadikan gatal: getahnya kalau kena akan ~ badan;

kegatalan perihal gatal, rasa gatal.

gatalbirah sj burung, burung kekek, Anthracoceros malayanus.

gatih Kl berputar-putar, berpusing-pusing;

menggatih mengayuh (beca atau basikal);

penggatih 1. alat utk mengayuh (basikal, beca); 2. orang yg mengayuh (beca, basikal).

gatik Kl bersama, berserta.

gatra Id kata atau kumpulan kata yg merupakan kesatuan dlm ayat.

GATT (gat) akronim bagi General Agreement on Tariffs and Trade (Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan).

gauk 1. burung gagak; 2. bunyi gagak;

menggauk berbunyi spt bunyi gagak.

gaul campur, baur, kacau;

bergaul 1. bercampur (dgn), beraduk; 2. berkenalan, berbaik-baik, dan bercampur dgn orang lain, berkawan, bersahabat: begitulah aku ~ dan bermain dgn kawan-kawanku; kau harus ~ dgn rakyat supaya mengetahui bagaimana membimbing mereka;

menggaul mengaduk, mencampur: tanah itu mestilah digaul dgn baja;

menggauli, mempergauli mencampuri, berkawan secara mesra dgn: yg digauli Juriah orang muda-muda belaka;

menggaulkan mencampurkan: kapur perekat dibuat dgn ~ kapur mati, pasir dan air;

pergaulan perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul, kemasyarakatan.

gaun sj baju perempuan cara barat yg anggun atau utk pakaian formal;

bergaun memakai gaun: dia ~ putih.

gaung I bunyi (suara) yg memantul, gema;

bergaung bergema, berkumandang: suara itu ~ masuk menujah telinga.

gaung II jurang yg dalam;

menggaung mengorek (lubang dll), menggali.

gawai I Jw kerja, tugas;

pegawai orang yg menjalankan tugas; pegawai.

Gawai II Sr perayaan atau pesta keagamaan dan adat orang Iban; Hari ~ hari kebesaran orang Iban.

gawal keliru, salah, silap.

gawang I 1. dua tiang terpancang yg disambung di atasnya dgn kayu palang; 2. tiang gol (utk bola sepak dll); penjaga ~ penjaga gol.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət