Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə3/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15

keganasan perihal ganas, kebuasan, kegarangan;

pengganasan perbuatan mengganas: anasir-anasir subversif melakukan ~ di sempadan;

pengganas orang yg mengganas: ~-~ komunis masih berkeliaran di kawasan sempadan Semenanjung.

gancang cepat (tindakan, gerakan, dll), tangkas, cergas, pantas.

gancaran Jw karangan yg tidak bersajak, prosa.

gancu 1. pengancing drpd logam, plastik, dll yg dilekatkan pd satu hujung tali pinggang dll, digunakan utk mengancing tali pinggang dll atau sbg hiasan. 2. galah yg mempunyai kait pd hujungnya;

menggancu mengait sesuatu dgn gancu.

ganda I 1. = sekali ~ satu kali lebih banyak drpd yg asal (mis empat menjadi lapan); 2. lipat, kali (banyaknya dll): sekali (dua kali, tiga kali) ~ satu (dua, tiga) kali atau lipat banyaknya (drpd jumlah asal); berlipat ~ beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal, bertambah-tambah banyaknya;

~ menaik (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah besar; ~ menurun (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah kecil;

berganda bertambah atau meningkat sekali lipat lebih banyak drpd jumlah asal, berlipat (banyaknya): hasil padi ~;

berganda-ganda, ganda-berganda berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali);

menggandakan, mempergandakan memperbanyakkan supaya menjadi dua kali jumlah dsb yg asal: jikalau tekanan digandakan, isi padunya menjadi separuh; janganlah awak ~ kata itu lagi janganlah mengulang kata itu lagi;

memperganda-gandakan melipatkan (jumlah sesuatu) beberapa kali, membanyakkan jumlahnya berkali-kali;

gandaan 1. = penggandaan; 2. = pergandaan;

pergandaan 1. perihal berganda, perbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal; 2. (Lin) perulangan kata (keseluruhannya atau sebahagiannya);

penggandaan perihal atau perbuatan menggandakan (melipatgandakan);

pengganda angka utk menggandakan angka lain.

ganda II sl bau (yg harum), bau-bauan.

ganda III Jk 1. lawan (yg tidak sepadan); 2. berani melawan (meskipun lawan yg lebih kuat dll).

gandal = gandalan, penggandal halangan, rintangan.

gandam bahan pewarna yg digunakan utk mewarnakan kayu dll tanpa menghilangkan ira kayu dsb;

menggandam membubuh (meletakkan, menyapu, dsb) gandam pd kayu dll.

gandan Id; gebar ~ kain selimut drpd sutera dll.

gandang sj tumbuhan (pokok), ganding, kesinga, merpuing, mersinga, Carallia brachiata.

gandapura sj tumbuhan (pokok yg bijinya dibuat minyak wangi), Hibiscus belamoschus.

gandar I 1. kayu utk memikul barang di atas bahu, galas, kandar, pengandar; 2. tangkai (pd timba telaga, pd tenggala); 3. batang dacing; 4. = ~ roda batang besi (kayu dsb) tempat roda berpusing; pasak (poros) roda, aci; ~ cincin pencengkam batu pd cincin;

menggandar memikul, mengandar, menggalas;

gandaran barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu.

gandar II Jk; menggandar mengenderai (kereta, basikal, dll);

gandaran kenderaan, kenaikan.

gandaria, gandariah sj tumbuhan (pokok yg berbuah), Bouea macrophylla.

gandarusa sj tumbuhan (herba yg daunnya dipakai utk ubat), Gendarussa vulgaris.

gandasuli sj tumbuhan (pokok yg harum bunganya), Hedychium coronarium.

gandek (gandék) Jw utusan, suruhan raja.

ganden (gandén) Jw tukul drpd kayu, pemukul.

gandewa (gandéwa) Jw busur (panah).

gandi I sl busur (panah); main ~ bermain panah.

gandi II sl tukul, pemukul;gandin.

gandik 1. perhiasan pengantin perempuan, permaisuri dan sultanah yg dipakai pd dahi; 2. perhiasan pd hulu keris.

gandin tukul kayu, pemukul.

ganding I; bergandingan, berganding 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat);

mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak;

menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan, memautkan, mempertalikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot;

gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang).

ganding II Mn; gandingan banding, tanding;

bergandingan berbanding dgn, berlawanan, bersaingan;

menggandingkan membandingkan.

ganding III sj tumbuhan (pokok), gandang, Carallia brachiata.

gandrung I Jw sangat rindu (berahi), sangat mengingini.

gandrung II Jw sj tumbuhan (pokok) yg buahnya spt jelai, Andropogon sorghum.

gandu sj buah berwarna hitam yg berbentuk bulat pipih dan dipakai dlm permainan lecek.

ganduh I Mn imbuh, tambah, tokok;

berganduh bertukar dgn mendapat tambahan (wang dll);

memperganduhkan, memperganduh-ganduhkan menukarkan sesuatu dgn tambahan.

ganduh II Mn; berganduh bercampur, beraduk.

gandul Jw; menggandul bergantung;

mengganduli 1. bergantung pd; 2. menggantungkan pd;

gandulan benda yg digantung (kerongsang pd rantai leher dll).

gandum sj tumbuhan (pokok dan buahnya), terigu, Trificum sativum; tepung ~ tepung terigu (utk membuat roti dll).

gandung buluh (kayu) yg dipasang di kiri kanan perahu (supaya tidak terbalik atau utk menambah muatan), ambau;

bergandung 1. berambau (memakai gandung); 2. mempunyai muatan yg diletakkan di gandung;

menggandung memuat barang dgn memakai gandung.

gandus sj kuih (dibuat drpd tepung beras, kelapa, dll); seri ~ sj penganan.

gang I sj pahat (yg dipakai oleh tukang tembaga).

gang II IB lorong kecil (di kampung-kampung dlm bandar).

ganggang I; berganggang 1. sedang disalai (dgn api); 2. berdiang;

mengganggang menyalai, memanggang: daun yg hendak dikeringkan itu diletakkan di dlm dulang dan diganggang atas api.

ganggang II Mn 1. ruang di antara dua benda, celah: ~ pintu; 2. renggang (tidak rapat): hubungan mereka sudah mulai ~;

berganggang 1. bercelah, merenggang: sambung kayu itu mulai ~; 2. bercerai (bkn suami isteri): laki bini itu sudah ~;

mengganggang menjadi bercelah, merenggang: papan ~;

mengganggangkan merenggangkan, menjadikan bercelah: ~ pintu.

ganggang III sj lumut yg tumbuh dlm air dll.

ganggu; mengganggu 1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan keamanan;

terganggu terusik, tercegah, terhalang: pasukan keamanan nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan;

gangguan 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan;

~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita;

penggangguan perihal atau perbuatan mengganggu;

pengganggu orang dll yg (suka, selalu) mengganggu.

ganggu-gugat; mengganggu-gugat mengganggu dan mendakwa, memperkarakan, mendakwa dan memperkarakan: raja yg berkuasa tidak boleh diganggu-gugat.

ganggut; mengganggut mencabut, merenggut.

ganglion (Bio) kelompok jasad sel saraf yg biasanya terletak di luar saraf pusat.

gangren (gangrén) (Ubat) kematian tisu secara meluas akibat terputusnya bekalan darah, yg biasanya diikuti dgn serangan bakteria, kelemayuh.

gangsa I aloi yg terdiri drpd tembaga dan timah; kangsa.

gangsa II angsa (sj itik besar).

gangsal ark ganjil (lwn genap);gasal.

gangsang gasang I.

gangsar sj keridik, cengkerik.

gangsi ark; menggangsi mengukup (pakaian), mendupai, mengasapi.

gangsir I Jw  gangsar.

gangsir II; menggangsir menggali lubang dlm tanah.

ganih I ark gading gajah betina.

ganih II Mn; kain ~ kain putih.

ganja I sj tumbuhan yg daun dan bunganya yg kering dihisap spt tembakau sbg dadah yg mengkhayalkan, Cannabis sativa.

ganja II bahagian keris di antara mata dan hulunya; ~ iras = ~ menumpu ganja yg bersambung dgn bilahnya; ~ datang = ~ rawan ganja yg dilekatkan pd bilahnya.

ganja-ganja sj tumbuhan (herba), Clerondendron indicum.

ganjak; berganjak 1. beralih, beranjak, berengsot: dia tidak mahu ~ dr tempatnya; 2. ki berubah (pendirian dsb): dia teguh dgn pendiriannya yg lama, tidak ~ sedikit pun;

mengganjak, mengganjakkan mengalihkan, menganjakkan, mengubah tempat, mengensotkan: peti besi tidak dapat diganjak oleh seorang sahaja;

terganjak teralih, teranjak, terengsot; tidak ~ a) tidak teralih; b) ki tidak dapat diubah lagi.

ganjal alas (tiang, landasan kereta api, dll), sempal (tempat yg longgar, puting parang dgn lubang hulu, dll);

mengganjal membubuh ganjal: tiang balai itu diganjal dgn batu;

terganjal memakai ganjal, ketat (tidak longgar), kukuh (tidak goyah).

ganjar; mengganjar, mengganjari 1. membalas jasa dgn hadiah, menghadiahi: kerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yg telah berjasa kpd tanah air; 2. memberi balasan, memberi hukuman: pengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap;

mengganjarkan 1. menghadiahkan; 2. memberikan balasan;

ganjaran 1. hadiah (utk perbuatan baik dll): Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis; 2. balasan (utk perbuatan jahat dll): dia akan mendapat ~ pd kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya.

ganjat tegang (kulit gendang, urat-urat), regang.

ganjil 1. ajaib, aneh, pelik: kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini; 2. tidak genap (bilangan), gasal: nombor bulat yg bukan nombor genap dinamakan nombor ~;

mengganjil berlaku ganjil (lain drpd biasa): dia itu selalu ~ saja drpd orang lain;

mengganjilkan 1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dsb); 2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dll): pakaiannya yg sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan prb hal (orang) yg tidak mendapat perhatian dlm masyarakat;

keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban.

ganjur I sl tombak;

mengganjur, mengganjuri menombak(i).

ganjur II Mn tarik, hela, mundur;

berganjur mengundurkan diri: pegawai itu ~ diri utk mengelakkan perkelahian; berganjur-ganjur surut ki bersikap maju mundur;

mengganjur menarik, merenggut (tali wau dll), menarik diri, mengundurkan: dia akan menyuruh Rohani ~ langkah surut.

gantal Jw daun sirih yg sudah digulung.

gantang 1. sukatan atau ukuran banyak yg sama dgn 4 cupak atau 4.54 liter (lazimnya utk beras); 2. alat utk menyukat (beras dll);

melukut di tepi ~ prb perkara kecil yg tidak mendapat perhatian; mengisi ~ pesuk prb membuat pekerjaan yg tidak menguntungkan; secupak tak akan jadi se~ prb sesuatu yg tetap dan sukar diubah lagi;

menggantang menyukat dgn gantang; ~ asap mengingini sesuatu yg sukar dicapai;

~ anak ayam prb membuat pekerjaan yg amat susah; penuh sudah bagai ~ prb cukup (benar-benar) penuh.

gantang-gantang patrum (tempat ubat bedil) yg dibuat drpd buluh.

gantar (Sunda) galah.

ganteng Jw cantik, elok dan gagah, tampan.

ganteng (ganténg) Jk kental, beku.

ganti 1. silih, penukar, pampasan: ambillah buku cerita ini sbg ~ tengok wayang; 2. = pengganti wakil: kalau engkau tak mahu pergi akulah ~ kau; 3. bp beralih, bertukar, berubah (tempat dll);

~ nama (Lin) kata utk menyebut diri (saya, engkau, dll); ~ tikar kahwin dgn adik atau kakak isteri yg telah mati; ~ hidup berkeredaan, ~ mati berkebulatan prb utk mendapatkan ganti seseorang ketua perlulah dgn muafakat;

berganti bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar;

berganti-ganti, bergantian bertukar-tukar, bergilir-gilir, silih berganti: seseorang yg berada di sebelah kanan anda datang ke depan anda secara ~;

mengganti 1. menukar (dgn yg lain, yg baru, dll), menjadikan berganti: pegawai ini perlu diganti dgn seorang yg lebih cekap; 2. memberikan sesuatu kpd seseorang dll sbg cara memulangkan barang dsb yg sudah dihilangkan (dirosakkan dsb), memberi (membayar) ganti rugi: saya tidak dapat ~ pen awak yg sudah hilang itu; 3. mengambil tempat seseorang utk menjalankan sesuatu tugas dll: mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dlm mesyuarat itu?;

menggantikan menjadi ganti: anak negeri yg pandai sudah boleh ~ pegawai-pegawai dagang;

gantian sesuatu yg dapat menggantikan (mengambil tempat) sesuatu yg lain;

pergantian pertukaran, peralihan, perubahan (kpd sesuatu yg lain);

penggantian perihal atau perbuatan mengganti(kan): mereka merundingkan perkara ~ Ketua Kampung;

pengganti benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya.

gantih Mn; menggantih memintal benang (dgn rahat).

ganting I; gula ~ gula kasar;gula I.

ganting II sl nama sj perahu lama: maka baginda pun menyuruh berlengkap perahu akan menyerang Singapura, seratus delapan puluh banyaknya jong, lain drpd itu berapa ratus buah ~.

ganti rugi wang atau barang utk silihan kerugian, pampasan;

mengganti rugi memberikan sesuatu atau membuat bayaran utk mengatasi atau meluputkan kerugian yg dialami oleh seseorang dsb.

gantri struktur keluli yg tinggi yg menopang kren, tanda isyarat di landasan kereta api dsb.

gantung; hukum ~ hukuman mati dgn mencerut leher dgn tali (yg terikat pd tiang); jambatan ~ titi yg tidak bertiang; kahwin ~ = nikah ~ perkahwinan yg belum lagi diumumkan (diraikan) dgn upacara persandingan; lampu ~ lampu yg disangkut (tidak berdiri); pusaka ~ waris yg belum diketahui pemiliknya; ~ kemudi sl cukai yg dikenakan di pelabuhan; ~ layar sl hadiah kpd orang yg menyelamatkan kapal yg hendak karam;

bergantung 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan;

~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah;

bergantung-gantung bergantung banyak-banyak di sana sini: jemuran yg ~ di balkoni apartmen itu memang mencacatkan pemandangan;

bergantungan bergantung-gantung, bergantung banyak-banyak: ia memerhatikan gambar-gambar yg ~ di dinding;

menggantung 1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll) hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut): perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb) sehingga diputuskan secara muktamad;

~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang drpd melaksanakan tugas atau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya; ~ raket berhenti sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~ raketnya, nama beliau terus hilang dari dada akhbar; digantung tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali);

menggantungi 1. menjadikan (sesuatu) sbg tempat menggantungkan (sesuatu): pokok ru itu digantungi dgn lampu yg berbagai-bagai warnanya; 2. menggantung berulang-ulang;

menggantungkan 1. menyangkutkan pd paku dll atau mengikatkan pd sesuatu dsb supaya terletak pd tempat yg tinggi, menjadikan bergantung: ia ~ semua kad Hari Raya pd tali yg direntang; 2. menyandarkan (nasib, pekerjaan, dll) pd, mengharapkan (pertolongan dll) drpd, meletakkan (harapan dsb): mereka ~ harapan hari depan mereka pd kejayaan Hanifah dlm pelajarannya;

digantungkan tinggi, digalikan dalam prb perjanjian yg dibuat dgn syarat-syarat yg teguh; ~ kain kotor di muka pintu prb perihal perbuatan yg pandir yg memberi malu pd diri sendiri;

mempergantungi menjadikan (seseorang) tempat bergantung: aku masih terkatung-katung dgn tiada tempat bergantung tetapi dipergantungi pula oleh orang lain;

tergantung 1. telah digantung, tersangkut, terpaut: lampu itu ~ di loteng; 2. diserahkan, terserah (pd): hukuman yg akan dikenakan ~ pd hakim;

gantungan 1. sesuatu yg digantung(kan); 2. alat utk menyangkut (menggantungkan) sesuatu;

kebergantungan perihal (keadaan) bergantung (pd): sikap ~ pd orang lain;

ketergantungan keadaan atau sifat (masih) bergantung (pd sesuatu): ini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan bebas drpd ~ pd keluarga.

ketidakbergantungan perihal ( keadaan) tidak bergantung pd: ~ politik kawasan yg berpisah-pisah;

pergantungan 1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara;

penggantungan 1. perihal menggantung; 2. tempat menggantung(kan) sesuatu, tempat menghukum gantung orang: ~ kain baju itu letaknya berhampiran dgn katil;

penggantung digunakan utk menggantungkan sesuatu: tali ~ seluar.

ganu pelangi (cahaya).

ganyah; mengganyah 1. menggosok atau menyental kuat-kuat: tutup mulutmu, nanti aku ganyah dgn sambal; 2. Kd memakai (kain dll) selalu: kain songket itu tidak boleh diganyah.

ganyang; mengganyang 1. Jw memakan mentah-mentah, memamah, mengunyah; 2. membinasakan, memusnahkan, menghancurkan: operasi Indera Khas telah dilancarkan utk ~ unit penggempur keenam ini.

ganyar ganyut.

ganyir Kl senang, mudah.

ganyong Jk sj tumbuhan (herba yg umbinya sedap dimakan), Canna edulis.

ganyut 1. tidak lunak (walaupun direbus), basau, engkah-engkah, ganyar; 2. sangat tua: Cu Hawa sudah tua dan ~.

gap bunyi degupan jantung, bunyi spt mengetuk meja;  degap I.

gapa I Kl apa benda.

gapa II Jw cekatan, tangkas, tidak berasa kaku;

kegapaan ketangkasan, kecekatan.

gapah I; gopoh-~ terburu-buru, tergesa-gesa; gopoh.

gapah II gapa II.

gapai; bergapaian berhulur-hulur tangan (utk mencapai atau memegang sesuatu);
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət